ANUGERAH TERINDAH
berfikirlah tentang awan
bukankah manusia sudah terlalu biasa dengan awan
hingga kadang- kadang mereka tidak menyedari kehadirannya
bahkan enggan untuk sekadar memandangnya
lihatlah matahari
kehidupan planet ini
yang setiap hari menerangi belahan bumi
memancarkan cahaya kehidupan inti
sudah terlalu biasa untuk sekadar diperhatikan
bahkan untuk sekadar disedari
bukankah manusia sudah terlalu biasa dengan begitu banyak
kenikmatan di dunia ini
hingga mereka lupa untuk sekadar
memandangnya…
memikirkannya…
mensyukurinya…
lalu fikirkan Tuhan
nikmat yang terlampau banyak membuat manusia terbiasa
dengannya
hingga mereka lupa menyedarinya
nikmat kehidupan dari hari ke hari membuat manusia terlalu
biasa dengannya
hingga mereka lupa untuk menyedarinya
nikmat sihat baru disedari saat sakit
nikmat harta baru terasa saat tidak punya apa-apa
dan keluarga tercinta hanyalah hiasan hidup semata
apalagi yang dilupakan?
menghitungnya akan membuatmu terbunuh secara perlahan…
anugerah terindah tidak akan pernah dapat ditandingi
malah terus kekal kewujudannya yang indah
.jpg)
Semua orang mempunyai anugerah yang terindah. Cuma ketidaksedaran kita yang menyebabkan kita tidak menjumpai anugerah itu.. Carilah, ia sabar menanti tuannya..
ReplyDeletebetul tu Siti Raiyana...
DeleteSalbiah
ReplyDeleteTAHNIAH sudah ada blog.
mohon masukkan maklumat bahawa ini adalah blog untuk tujuan kursus PK. terima kasih.
terima kasih Dr. Mawar... nanti saya masuk kan maklumat tersebut :-)
DeleteTahniah kerana sudah mempunyai blog sendiri. Moga terus menulis dan berkongsi ilmu.
ReplyDeleteTahniah juga kepada Dr Mawar yang telah berjaya membimbing pelajar-pelajarnya.
terima kasih, in shaa Allah saya akan cuba menulis dengan baik :-)
DeleteMelantun kesini menjengah segala usaha yang telah kita usahakan... jemput ke blog sue nanti ye..
ReplyDeleteAku yang simbolik... http://suhaila-ukm.blogspot.com
hehe ok Suhaila Mohamad...terima kasih
Deletetahniah, cantik blognya.
ReplyDeletesudi-sudilah berkunjung ke bog saya ya.. :)
terima kasih Eratul nissah :-)
Delete