Search This Blog

Thursday, 6 December 2012

TOKOH IBARAT SUNGAI

Sungai? Sungai ibarat tokoh. Tokoh ibarat sungai. Sungai sentiasa mengalir. Sungai sentiasa dingin dengan airnya. Tokoh, menjadi sungai dalam diri ini, sentiasa mengalir dan menyejukkan hati dengan kata-katanya. Berbicara tentang sungai, sungai mempuyai pemandangan yang indah, mempunyai batu-batu besar yang mencantikkan lagi sungai tersebut namun batu juga boleh dilihat menjadi penghalang bagi air sungai bergerak. Lihatlah sungai-sungai, walaupun mempunyai batu yang besar, ia tetap mengalir dan tanpa kita sedari, aliran tersebut tidak pernah kering. Sentiasa tenang dan mampu menghapuskan tekanan dalam diri manusia.

TOKOH TERBAIK


Tangan itu ingin aku gapai. Tangan itu ingin aku cium. Tangan itu ingin aku peluk. Tangan itu membesarkan aku, tangan itu, memandikan aku. Tangan itu menyuap aku. Tangan itu yang sentiasa menghapuskan airmata aku. Ke mana tangan itu? Ia berada jauh di mata ku tetapi sentiasa berada di hatiku dan mengisi penuh hatiku dengan cintanya, dengan kasih sayangnya dan dengan seluas lautan rindunya. Aku rindukan tangan itu. Dulu tangan itu, halus tapi sekarang ia mempunyai urat-urat tua. Tangan itu, menggamit memori di hati ku, mengajar erti kebaikan, mengenal erti nilai budi pekerti. Sekarang tangan itu tidak mampu lagi menghapuskan airmata ku, hanya mampu menangkan aku dari jauh dengan suaranya yang merdu semerdu alunan yang mampu mengasyikkan seluruh alam. 

ADAM DAN HAWA


ADAM DAN HAWA
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa...

SIAPAKAH TOKOH ITU?


Berbicara tentang tokoh, aku merenung jauh ke dasar hatiku agar aku dapat menyelami siapakah tokoh itu.
Siapakah tokoh itu? Aku masih mencari, mencari dalam samar dan bayangnya timbul di satu sudut penjuru mata dan hilang ketika aku mengelipkan mata kecil ku. Siapakah tokoh itu? Tokoh yang aku sentiasa tercari-cari. Tercari ketika sedih, ketika rindu dan ketika aku menghadapi masalah. Tokoh itu mampu menghuraikan segenap inci hatiku, pemikiran, dan pendengaran ku. Siapakah tokoh itu? Tokoh itu yang sentiasa aku rindui, sentiasa wujud di dalam hati kadang kala menganggu fikiran ku menjadi sayu.

PESAN MERTUA KEPADA MENANTU


Pesan Hikmah Dari Ibu Mertua
Wahai menantuku,
Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri, dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku.
Bila engkau membaca pesan ini, semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat di hadapanmu.
Wahai menantuku,
Engkau imam dunia akhirat untuk puteriku. Bukankah engkau juga akan membawanya hingga ke baqa dan memberinya satu tiket ke surga?
Wahai menantuku,
Bila ada kelemahan dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga kerana kekurangan darinya, itu menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, dan bukan lagi tugasku.
Diajarkan kepadamu oleh Nabi SAW bahawa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa tetesan embun dinihari. Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman? Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.
Engkau suami yang dipilih Allah untuk puteriku, bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.
Bukankah engkau menikahinya atas nama Allah SWT? Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Allah.
Wahai menantuku,
Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka derhaka terhadap suaminya, maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar. Bukankah nanti pun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurusnya dan menjaga jalan syurga untuk dapat dilalui oleh yang harus kau bawa bersama? Dan pertanyaan itu akan ditujukan kepadamu, bukan padaku.
Wahai menantuku,
Engkau diizinkan menghukum isterimu sewajarnya, namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. Janganlah mengherdiknya dengan kata kasar dan  umpatan yang merendahkan seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri, sebab ia itu pakaianmu.
Wahai menantuku,
Aku titipkan puteriku padamu, buatlah dia tersenyum menuju surga atas tiket darimu.

MAGHFIRAHMU

teringat sajak pertama yang aku luahkan pada sehelai kertas....
sajak ini di baca di depan kawan-kawan dan juga pensyarah puisi moden....
saat aku baca, aku terasa ada sesuatu perasaan, perasaan bersalah.......


Maghfirah-MU
Tuhan
Aku pemilik pada diriku
Aku hak mutlak diriMu
Saat ku mohon MaghfirahMu
Butir-butir cinta airmataku
Berderai membasahi pipiku
Tuhan
Sedarku akan hidayahMu
Lalu diri menjadi hampa
Setiap langkah lemah berjalan
Diiringi bersama ladang keresahan
Yang penuh dengan penyesalan
Tuhan
Ampunkanlah hambaMu ini
Selalu dustakan janjiMu
Damaikan ombak dihatiku
Bimbinglah aku ke jalanMu
Yang mendambakan keampunanMu
Tuhan
Teguhkan kasihku untukMu
Terimalah taubatku
Bukakan alur JannahMu untukku
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun
Moga MaghfirahMu tiba nanti

 sajak ini yang aku jadikan inspirasi aku untuk lebih mendekati Pencipta ku,
Tuhan ku ALLAH swt yang sat

Monday, 3 December 2012

Guruh diiringi hujan beserta kilat


Petang ini, cuaca begitu dingin dan langit begitu gelap. Dentuman suara guruh dilangit seakan memarahi penghuni. Cahaya kilat umpama biasan cahaya pedang yang bertembung, dan hujan pula mengisi alam dengan airnya yang mencurah bagaikan tiada berpenghujung. Bersendirian di kamar, menjadikan diri ini merasa takut. Ku tutup mata dan telingaku, terus ku menyebut nama maha pencipta, Allah s.w.t. Terbias bayang-bayang wajahMU, di cermin tingkap dan di air aku termenung memandang sayu ke arah langit yang semakin gelap menghiasi bumi. Aku hanya mampu beristighfar, Astaghfirullahal azim!