Search This Blog
Thursday, 6 December 2012
TOKOH IBARAT SUNGAI
Sungai? Sungai ibarat tokoh. Tokoh ibarat sungai. Sungai sentiasa mengalir. Sungai sentiasa dingin dengan airnya. Tokoh, menjadi sungai dalam diri ini, sentiasa mengalir dan menyejukkan hati dengan kata-katanya. Berbicara tentang sungai, sungai mempuyai pemandangan yang indah, mempunyai batu-batu besar yang mencantikkan lagi sungai tersebut namun batu juga boleh dilihat menjadi penghalang bagi air sungai bergerak. Lihatlah sungai-sungai, walaupun mempunyai batu yang besar, ia tetap mengalir dan tanpa kita sedari, aliran tersebut tidak pernah kering. Sentiasa tenang dan mampu menghapuskan tekanan dalam diri manusia.
TOKOH TERBAIK
Tangan itu ingin aku gapai. Tangan itu ingin aku cium. Tangan itu ingin aku peluk. Tangan itu membesarkan aku, tangan itu, memandikan aku. Tangan itu menyuap aku. Tangan itu yang sentiasa menghapuskan airmata aku. Ke mana tangan itu? Ia berada jauh di mata ku tetapi sentiasa berada di hatiku dan mengisi penuh hatiku dengan cintanya, dengan kasih sayangnya dan dengan seluas lautan rindunya. Aku rindukan tangan itu. Dulu tangan itu, halus tapi sekarang ia mempunyai urat-urat tua. Tangan itu, menggamit memori di hati ku, mengajar erti kebaikan, mengenal erti nilai budi pekerti. Sekarang tangan itu tidak mampu lagi menghapuskan airmata ku, hanya mampu menangkan aku dari jauh dengan suaranya yang merdu semerdu alunan yang mampu mengasyikkan seluruh alam.
ADAM DAN HAWA
ADAM DAN HAWA
Adam itu. Kalau ada
perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada
perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada
perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak
ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan
bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan
senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak
bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah
senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa
berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai
Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan
itu manja.
Suka dibelai. Suka
dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas
pergaulan?
Jangan
sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana,
Bahawa perempuan itu
menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu
membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu
fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah
bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan
yang lemah.
Jangan kau cemar
imannya.
Jangan kau rosakkan
mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih
dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu
sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu
sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan
sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela
nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu
perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang
agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah
dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah
pembela Hawa...
SIAPAKAH TOKOH ITU?
Berbicara tentang tokoh, aku merenung jauh ke dasar hatiku agar aku dapat menyelami siapakah tokoh itu.
Siapakah tokoh itu? Aku masih mencari, mencari dalam samar dan bayangnya timbul di satu sudut penjuru mata dan hilang ketika aku mengelipkan mata kecil ku. Siapakah tokoh itu? Tokoh yang aku sentiasa tercari-cari. Tercari ketika sedih, ketika rindu dan ketika aku menghadapi masalah. Tokoh itu mampu menghuraikan segenap inci hatiku, pemikiran, dan pendengaran ku. Siapakah tokoh itu? Tokoh itu yang sentiasa aku rindui, sentiasa wujud di dalam hati kadang kala menganggu fikiran ku menjadi sayu.
PESAN MERTUA KEPADA MENANTU
Pesan Hikmah Dari Ibu
Mertua
Wahai menantuku,
Aku hanyalah seorang
ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri, dengan melihat puteriku sebagai
isterimu dan engkau sebagai menantuku.
Bila engkau membaca
pesan ini, semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung
dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat di hadapanmu.
Wahai menantuku,
Engkau imam dunia
akhirat untuk puteriku. Bukankah engkau juga akan membawanya hingga ke baqa dan
memberinya satu tiket ke surga?
Wahai menantuku,
Bila ada kelemahan dari
isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga
kerana kekurangan darinya, itu menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, dan
bukan lagi tugasku.
Diajarkan kepadamu oleh
Nabi SAW bahawa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya
serupa tetesan embun dinihari. Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus
melindunginya dengan rasa tenteram dan aman? Maka berikanlah keteduhan bagi
jiwanya.
Engkau suami yang
dipilih Allah untuk puteriku, bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah
bersikap lemah lembut padanya.
Bukankah engkau
menikahinya atas nama Allah SWT? Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan
Allah.
Wahai menantuku,
Sebagian besar penghuni
neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka derhaka terhadap suaminya,
maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar. Bukankah nanti pun
engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurusnya dan
menjaga jalan syurga untuk dapat dilalui oleh yang harus kau bawa bersama? Dan
pertanyaan itu akan ditujukan kepadamu, bukan padaku.
Wahai menantuku,
Engkau diizinkan
menghukum isterimu sewajarnya, namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan
pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. Janganlah mengherdiknya
dengan kata kasar dan umpatan yang
merendahkan seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri, sebab ia itu
pakaianmu.
Wahai menantuku,
Aku titipkan puteriku padamu,
buatlah dia tersenyum menuju surga atas tiket darimu.
MAGHFIRAHMU
teringat sajak pertama yang aku luahkan pada sehelai
kertas....
sajak ini di baca di depan kawan-kawan dan juga
pensyarah puisi moden....
saat aku baca, aku terasa ada sesuatu perasaan,
perasaan bersalah.......
Maghfirah-MU
Tuhan
Aku pemilik pada diriku
Aku hak mutlak diriMu
Saat ku mohon MaghfirahMu
Butir-butir cinta airmataku
Berderai membasahi pipiku
Tuhan
Sedarku akan hidayahMu
Lalu diri menjadi hampa
Setiap langkah lemah berjalan
Diiringi bersama ladang keresahan
Yang penuh dengan penyesalan
Tuhan
Ampunkanlah hambaMu ini
Selalu dustakan janjiMu
Damaikan ombak dihatiku
Bimbinglah aku ke jalanMu
Yang mendambakan keampunanMu
Tuhan
Teguhkan kasihku untukMu
Terimalah taubatku
Bukakan alur JannahMu untukku
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun
Moga MaghfirahMu tiba nanti
sajak ini
yang aku jadikan inspirasi aku untuk lebih mendekati Pencipta ku,
Tuhan ku ALLAH swt
yang satMonday, 3 December 2012
Guruh diiringi hujan beserta kilat
Petang ini, cuaca begitu dingin dan langit begitu gelap. Dentuman suara guruh dilangit seakan memarahi penghuni. Cahaya kilat umpama biasan cahaya pedang yang bertembung, dan hujan pula mengisi alam dengan airnya yang mencurah bagaikan tiada berpenghujung. Bersendirian di kamar, menjadikan diri ini merasa takut. Ku tutup mata dan telingaku, terus ku menyebut nama maha pencipta, Allah s.w.t. Terbias bayang-bayang wajahMU, di cermin tingkap dan di air aku termenung memandang sayu ke arah langit yang semakin gelap menghiasi bumi. Aku hanya mampu beristighfar, Astaghfirullahal azim!
Saturday, 1 December 2012
SEKADAR RENUNGAN
Kisah Di Negeri Orang..(-_-),,
Suasana didalam bilik bersalin
begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan
kesakitan hendak melahirkan.
"Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit
nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada
disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam
tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni...
mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat
sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada
isterinya, Rohani pula.
Sebak hati Rohani mendengar
rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani
hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan
itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi
bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu
berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada
sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh
perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang
memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu
Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri
menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu.
Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan
rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor
Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one
more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang
membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala
bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat
sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit
sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar
seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and
girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor
Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan
tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah
menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang
sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Rohani sudah mula merancang akan
nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan
yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali
setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata
Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak
kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya
sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau
dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya
mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri
dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti
Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti
dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani
menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang
selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata
nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal,
semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup
rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani
kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali
ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang
Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk
mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang
anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang
Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3
bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong
selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara
biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan
Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani
berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri
tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah
menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam
kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana
yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu
rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani
bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam
dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja.
Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya.
Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau
dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat
hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang
bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat
dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri
kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah."
Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan
pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak
itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian
airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih
sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang
sah.
"Woi, benda-benda tu boleh
terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan
anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni,
tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main
baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya
Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau,
darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam
engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan
tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun
Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan
halal haram, hukum hakam agama.
Memang Ani tak pernah tau asal
usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak
angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti
darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu.
"Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun
mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia
ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran
itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis
waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau
tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah
sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif
malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah
keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih
memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain
dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan
pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin
membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila
Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak
menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada
waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat
benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan
tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi
kata kata nista dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan
marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke
dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua
gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan
anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak
Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak
cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan.
"Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit
bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata
Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri
bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke,
tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau,
Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat
Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan
kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah!
Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan
dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku
kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari
segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan
penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas
puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang
marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri
ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor
Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku
terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri,
kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya,
Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani
jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ?
Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari
Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat
yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding
sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa
Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu
sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani
itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat
sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan
tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan
lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala
yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi
Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal
dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation
sebelum meminta izin dari awak Zamri.?
Hanya satu permintaan terakhir
arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah
lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari
yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
Zamri mengambil diari tersebut.
Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan
tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu
tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan
& segala luahan rasa Rohani
semuanya tertera didalam diari
tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk
Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat
isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca
setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba
Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik
untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang,
Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN
PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula
bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni,
Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan
bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang
Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah
kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah
yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu
buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin
sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin
dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil
macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja.
Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak
kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah
melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan
untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada
Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan
Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan
apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan
pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk
menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua
kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak
tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah
darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan
mereka. Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani
ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa
hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga
Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan
kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam
sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang
dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia
siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani
yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari
darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama
disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan
cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan
ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala
makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi
untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka
pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala
perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak
dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita.
Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah
Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta
peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi
menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan
kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani
Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut,
Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......
"Sabarlah Zamri, Allah maha
berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk
Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.
Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri
menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar
dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri
mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis
"SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan
berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti
orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap
Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti
wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani,
maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba
dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk
melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak
mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua
kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri
melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus
mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik
Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka
diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi
pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata
bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar
itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah
diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke
pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah
kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah
mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih
sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi
pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun
selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara,
tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah
tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan
berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri
memohon pengampunan dari yang Maha Esa...
Ya Allah?.
Kuatkan semangat hambamu ini .
Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya
Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu,
akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani
datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya
dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan
jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani...,
Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu
datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....Semoga Allah mencucuri
rahmat keatas Rohani......
Monday, 26 November 2012
MENULIS CERPEN
Alhamdulillah, pengembaraan cerpen dalam hidupku bermula melalui kursus Penulisan Kreatif. Menulis cerpen, semua orang mempunyai bakat dalam menulis cuma ia perlukan usaha yang lebih kuat. Penulisan cerpen yang melibatkan tokoh membuat saya terasa seperti berfikir sejenak untuk mencari tokoh tersebut. Semua orang mempunyai tokoh untuk melakukan sesuatu perkara dalam hidup dan begitu juga saya, mempunyai tokoh untuk dijadikan idola terbaik. Tokoh yang sentiasa ada ketika waktu senang atau susah, ketika duka atau suka, ketika sedih atau gembira, dia sentiasa ada untuk memberi semangat, walaupun jauh tetapi dengan memikirnya sudah membuatkan saya berasa tenang dan sentiasa dapat mengukirkan senyuman ini walaupun di saat sedih sekalipun. In shaa Allah.
Sunday, 25 November 2012
ANUGERAH TERINDAH
ANUGERAH TERINDAH
berfikirlah tentang awan
bukankah manusia sudah terlalu biasa dengan awan
hingga kadang- kadang mereka tidak menyedari kehadirannya
bahkan enggan untuk sekadar memandangnya
lihatlah matahari
kehidupan planet ini
yang setiap hari menerangi belahan bumi
memancarkan cahaya kehidupan inti
sudah terlalu biasa untuk sekadar diperhatikan
bahkan untuk sekadar disedari
bukankah manusia sudah terlalu biasa dengan begitu banyak
kenikmatan di dunia ini
hingga mereka lupa untuk sekadar
memandangnya…
memikirkannya…
mensyukurinya…
lalu fikirkan Tuhan
nikmat yang terlampau banyak membuat manusia terbiasa
dengannya
hingga mereka lupa menyedarinya
nikmat kehidupan dari hari ke hari membuat manusia terlalu
biasa dengannya
hingga mereka lupa untuk menyedarinya
nikmat sihat baru disedari saat sakit
nikmat harta baru terasa saat tidak punya apa-apa
dan keluarga tercinta hanyalah hiasan hidup semata
apalagi yang dilupakan?
menghitungnya akan membuatmu terbunuh secara perlahan…
anugerah terindah tidak akan pernah dapat ditandingi
malah terus kekal kewujudannya yang indah
Subscribe to:
Comments (Atom)







.jpg)

.jpg)